APA ITU KAMEN RIDER
Kamen Rider (仮面ライダー,atau "Masked Rider" atau dalam Bahasa Melayu "Penunggang Bertopeng") adalah sebuah siri rancangan televisyen Jepun yang popular dan berjaya dicipta oleh Shotaro Ishinomori (石ノ森 章太郎). Ditayangkan buat pertama kali di TV Asahi(sebagai siri televisyen dan manga dalam Shounen Magazine) pada tahun 1971. juga dianggap spiderman versi jepun pada masa itu. Siri ini adalah salah satu produksi siri Tokusatsu yang menonjol dari Jepun selain Ultraman, Super Sentai, dan Metal Heroes.
ASAL
Cerita bermula dimana dunia dikuasai oleh Shocker, organisasi pengganas yang misteri. Untuk melaksanakan rancangan mereka untuk menguasai dunia dengan mencari pengikut melalui penculikan, menukar mereka kepada cyborg berupa raksasa menggunakan teknologi canggih dan akhirnya melakukan manipulasi DNA. Walau bagaimanapun, seorang dari mangsa mereka diselamatkan sebelum proses itu berakhir, dan namanya ialah Takeshi Hongo (本郷 猛 Hongō Takeshi). Dengan kewarasan dan kesedaran yang masih ada, Hongo mengambil identiti belalang berkostum seperti kaizouningen (改造人間, yang secara kasarnya bermakna "manusia ubahsuai") wira hebat Kamen Rider dan melawan Shocker dengan kuasa kekuatan & kelajuan yang diterima dan juga motorsikal yang dibina khas, Cyclone.
Hiroshi Fujioka sebagai Takeshi Hongo |
Cyclone |
- Kamen Rider yang pertama,walaupun berdasarkan kepada rupa belalang,dinamakan semula sebagai "Ai Mod Dang" (orang semut) di Thailand.
- Skullomania dari siri Street Fighter EX hampir menyerupai Kamen Rider yang pertama.
- King of Fighter 2001 menyaksikan kemunculan "May" Lee Jinju, seorang murid Kim Kaphwan. Beliau ada gaya kedua dipanggil "Hero Mode," di mana beliau bertukar menjadi watak seperti Kamen Rider. Salah satu gerakan 'kekecewaan'nya adalah parodi 'Rider Kick'.
- Action Kamen dari siri anime Crayon Shin Chan adalah berdasarkan Kamen Rider.
- Pelakon Hiroshi Fujioka (Takeshi Hongo / Kamen Rider I) kemudian telah melakonkan watak maskot judo master Segata Sanshiro dari siri iklan Jepun Sega Saturn dalam tahun 1997 hingga 1998. Watak Sanshiro menjadi terkenal dikalangan peminat Sega di Jepun dan luar jepun.
SEJARAH
Kamen rider mempunyai dua era atau zaman, iaitu zaman showa dan zaman heisei
Zaman Shōwa
Siri Masked Rider asalnya dimulakan dengan bernama "Masked Hero Project". Siri terbitan Toru Hirayama (平山 亨 Hirayama Tōru?) ini tertunggak hampir lima tahun kerana Hirayama tengah mengusahakan rancangan lain dan mencari pereka watak yang sesuai. Pada tahun 1969, Shotaro Ishinomori yang merupakan seorang tokoh tokusatsu terkenal pada masa itu, dihubungi oleh Hirayama agar manga Skull Man beliau diadaptasi untuk Masked Hero Project. Mula-mulanya projek itu ditolak gara-gara rejected kritikan bahawa kandungannya terlalu ganas bagi slot waktu yang diberi. Setelah kedua-dua mereka mereka semula cerita dan reka bentuk watak, maka terhasilnya rekaan Kamen Rider muktamad yang berbentuk belalang yang dipilih oleh anak lelaki Ishinomori. Maka lukisan itu menjadi Kamen Rider 1, setelah melalui sedikit pengubahsuaian.
Kamen Rider ditayangkan buat julung kali pada April 1971, namun ratingsnya tidak sebagus yang diharapkan dan nyaris ditarik balik daripada penyiaran. Ketika merakam episod 10, Hiroshi Fujioka yang memegang watak Kamen Rider 1, terjatuh dari motosikalnya ketika merakam satu lagak ngeri, terhantuk pada tiang telefon lalu patah kedua-dua kakinya. Oleh itu, Toei melalui banyak cara untuk mengurangkan kehadiran Hongo beransur-ansur sehingga episod 13, apabila Hayato Ichimonji diperkenalkan. Ichimoji menjadi Kamen Rider 2 dan bintang utama rancangan sehingga episod 52. Sekembali beliau pada episod 53, watak Fujioka kembali menjadi watak utama. Sejak itu, kedua-dua Kamen Rider 1 dan 2 muncul dalam setiap sekuel pada separuh awal siri-siri zaman Shōwa. Siri-siri dari April 1971 hingga Januari 1976 juga menyaksikan watak mentor sampingan bernama Tobei Tachibana (立花 藤兵衛 Tachibana Tōbei?).
Setelah hilang selama empat tahun, siri ini kembali ke siaran televisyen pada Oktober 1979 selama dua tahun. dalam rancangan baru ini, peranan Tachibana diganti oleh seorang watak yang serupa peranannya bernama Genjiro Tani (谷 源次郎 Tani Genjirō?). Pada tahun 1984, rancangan khas Kamen Rider ZX, Birth of the 10th! Kamen Riders All Together!!, menjadi terbitan Hirayama terakhir bagi francais ini.
Kamen Rider Black merupakan siri pertama yang tidak menunjukkan atau membayangkan apa-apa hubungan dengan siri-siri sebelumnya, dan juga siri pertama yang mempunyai sekuel terus, iaitu Kamen Rider Black RX, iaitu asas kepada Masked Rider versi Amerika terbitan Saban. Episod akhir RX menyaksikan kesemua sepuluh Rider sebelumnya kembali untuk membantu Black RX menewaskan musuh, inilah kari terakhir mana-mana Rider dari rancangan sebelumnya muncul dalam siri lain. Kamen Rider Black RX adalah siri terakhir yang diterbitkan pada zaman Shōwa.
Kamen Rider dari Zaman Showa |
Zaman Heisei
Meskipun lenyap dari TV sepanjang 1990-an, francais ini dihidupkan oleh teater pentas, CD muzikal, dan filem-filem Shin, ZO, dan J. Toei mengumumkan projek terbarunya, Kamen Rider Kuuga, pada Mei 1999. Kuuga merupakan sebahagian kemunculan semula Kamen Rider yang diusahakan Ishinomori pada tahun 1997, sebagai sebahagian rancangan untuk menuju ke ulang tahun ke-30. Bagaimanapun, Ishinomori meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan projek-projek ini menjadi kenyataan. Pada musim panas tahun 1999, Kuuga keluar dalam iklan di majalah dan iklan komersial. Pada 30 Januari, Kamen Rider Kuuga mencapai ratings tinggi, disusuli Kamen Rider Agito.
Siri ketiga dalam zaman Heisei ialah Kamen Rider Ryuki. Dengan menampilkan konsep 13 orang Rider, Ryuki menyimpang sedikit daripada siri-siri sebelumnya, dan ratingsnya tidak setinggi yang diharapkan.Templat:Or Siri ini dan seluruh francais ini dibantu oleh jualan mainan Kamen Rider Ryuki. Siri seterusnya, Kamen Rider 555 (disebut Faiz), menikmati jualan mainan yangh tinggi meskipun ratingsnya kurang sedikit berbanding Ryuki.
Siri kelima dan keenam dibelenggui masalah di sebalik tabir. Kamen Rider Blade menjadi siri Kamen Rider yang kedua terendah ratingsnya dan juga mengalami jualan mainan yang mengecewakan. Dalam siri ini, para Rider bertukar menggunakan Kad Undead untuk menangkap lebih lagi kuasa Undead dan meningkatkan kuasa mereka kepada pelbagai bentuk. Sepanjang pembikinan siri ini, penulis utama dan pengarah dipecat untuk membolehkan orang-orang lama francais ini untuk kembali sebagai penulis utama. Templat:Or Siri keenam Kamen Rider Hibiki menjafi salah sebuah siri yang paling kontroversi dalam sejarah francais. Hibiki memperkenalkan tema-tema baru dan wajah berlainan, dan berjaya menamatkan kemarau ratings sejak Agito, namun jualan mainannya agak sedikit. Seperti yang dialami Blade, pasukan pengarah dan penulis baru dibawa masuk pada pertengahan siri.
Pada tahun 2005, Kamen Rider The First diterbit selaku pembikinan semula kedua-dua manga dan siri TV asal. Pelbagai watak dari siri asal diubah suai cerita mereka agar sesuai dengan panjang filem. Masaya Kikawada melakonkan watak Takeshi Hongo/Kamen Rider 1 manakala Hassei Takano (dahulunya Miyuki Tezuka/Kamen Rider Raia dalam Ryuki) menjadi Hayato Ichimonji/Kamen Rider 2.
Pada tahun 2006, Kamen Rider Kabuto, siri ketujuh, menyambut ulang tahun ke-35 francais dan merupakan rancangan pertama dalam zaman Heisei yang menggunakan serangan "Rider Kick". Siri ini mengembalikan kebanyakan kelaziman estetik legasi Kamen Rider dengan reka bentuk berteraskan serangga. Kamen Rider Kabuto merupakan antara siri Masked Rider zaman Heisei yang paling berjaya.
Tahun 2007 membawa Kamen Rider Den-O menjadi siri kelapan francais era heisei, buat pertama kalinya mengisahkan kamen rider yang mempunyai perwatakan lucu, pelik dan tidak pasti dengan dirinya sendiri. Siri ini mennyaksikan Kamen rider Den-O menggunakan kenderaan yang besar, Den-Liner sejenis keretapi peluru yang boleh merentas masa. Siri ini hanya mempunyai 2 rider; Den-O dan Zeronos, tetapi boleh berubah rupa seperti RX, Kuuga, Agito dan Rider-rider lain sebelumnya yang menggunakan trend yang sama.
Siri 2009 Kamen Rider Decade diwujudkan sebagai siri ulang tahun kesepuluh Kamen Rider Heisei. Untuk meraikan penanda aras ini, penyanyi Jepun Gackt terlibat dalam menyanyikan lagu pembukaannya iaitu "Journey through the Decade", dan lagu tema filemnya iaitu "The Next Decade". Siri Decade hanya disiarkan sebanyak 31 episod.
Iklan sepanjang bulan Mei, Jun, dan Julai 2009 membawa kepada pengenalan Kamen Rider Double, yang mula muncul semasa acara Projek Ulang Tahun ke-10 MASKED RIDER LIVE & SHOW, serta turut ditampilkan dalam Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker. Double merupakan Kamen Rider pertama yang memerlukan dua orang untuk bertukar. Siri tersebut mula disiarkan pada 6 September 2009. Diteruskan pada tahun 2010 dengan Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie War 2010, Double disiarkan selama setahun bermula September sehingga September tahun berikutnya, dan bulan lagi dari Januari hingga Januari tahun berikutnya.
Kamen Rider Dari Zaman Heisei |
Siri TV
Zaman Shōwa
1971: Kamen Rider
1973: Kamen Rider V3
1974: Kamen Rider X
1974: Kamen Rider Amazon
1975: Kamen Rider Stronger
1979: New Kamen Rider
1980: Kamen Rider Super-1
1983: Kamen Rider 3X
1984: Kamen Rider ZX
1987: Kamen Rider Black (atau "Kesatria Baja Hitam")
1988: Kamen Rider Black RX
1989: Kamen Rider Black DX
Zaman Heisei
2000: Kamen Rider Kuuga
2001: Kamen Rider Agito
2002: Kamen Rider Ryuki
2003: Kamen Rider 555
2004: Kamen Rider Blade
2005: Kamen Rider Hibiki
2006: Kamen Rider Kabuto
2007: Kamen Rider Den-O
2008: Kamen Rider Kiva
2009: Kamen Rider Decade
2009: Kamen Rider Double
2010: Kamen Rider OOO
Disini saya akan menceritakan kamen rider satu persatu.
Kamen Rider/Kamen#1/Kamen Rider Ichigo
Kamen Rider # 1 (仮面ライダー 1 号 Kamen Raidā Ichigo?) Adalah watak rekaan dan superhero utama atau watak Henshin yang dipaparkan dalam tokusatsu Jepun. Pertama kali muncul dalam siri televisyen Kamen Rider, Kamen Rider yang pertama di program tokusatsu. Protagonis utama siri, Kamen Rider # 1adalah superhero yang menunggang motor superbike dan custom yang menyerupai belalang. Salah satu watak yang paling dikenali dan ikon dalam hiburan Jepun, Kamen Rider # 1 adalah mudah dibezakan sebagai siri itu sendiri.
Dalam siri asalnya, ia digambarkan oleh Hiroshi Fujioka, yang juga melakukan sebahagian besar stunts sendiri. Kemudian, ia dilakukan oleh Masaya Kikawada dalam filem Kamen Rider pertama dan sekuelnya, Kamen Rider The Next, serta membuat cameo dalam sebuah episod Kamen Rider Kabuto. Dalam filem Kamen Rider Decade: All Rider vs Dai-Shocker, Rider# 1 disuarakan oleh Tetsu Inada. Kamen Rider # 1 akan muncul semula sebagai watak utama, di samping Kamen Rider Den-O, New Den-O dan OOO, dalam Filem ulang tahun ke40 kamen rider, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Rider, Fujioka menhidupkan wataknya semula dengan
menjadi suara sebagai suara Kamen Rider # 1.
Takeshi Hongo
Wataknya sebelum berubah menjadi pahlawan yang kuat, Takeshi Hongo (本 郷 猛Hongo Takeshi?) adalah seorang mahasiswa Kolej biokimia. Lahir pada 15 Ogos 1948, ia adalah seorang pemuda yang cerdas dengan IQ 600 yang belajar Universiti Jounan dan suka menunggang superbike.
Watak fiksyen biografi
Sedang berlatih untuk Grand Prix, Hongo diikuti sekumpulan bikers yang memanggil dia keluar, jatuh ke dalam perangkap yang dihantar oleh pertubuhan pengganas Shocker dan saat Shocker menukarkan dia menjadi cyborg yang super power, Seminggu kemudian, Hongo bangun apabila Daishocker tengah menyelesaikan proses dengan pencucian otak. Hongo berjaya melarikan diri dari pangkalan Shocker's kerana bantuan pensyarah-nya Midorikawa, yang telah bekerja untuk Shocker dan adalah orang yang memilih Hongo untuk bergabung dengan organisasi. Kedua-duanya dikejar oleh Shocker 'Inhumanoid Spider Man' dan pasukannya dan mereka bersembunyi di gudang 55 di Habor. Malangnya, Spider Man berjaya menjejaki Ruriko yang ke lokasi mereka dan membunuh Profesor semasa Ruriko sampai, Ruriko menyalahkan Hongo atas kematian ayahnya sebelum Spider Man mengambil dia. Hongo Mengejar Shocker, Hongo berjuang sebagai Kamen Rider #1 memerangi Inhumanoid, membunuh Spider Man dengan Rider Kick.
Selepas pengenalan awal, siri Kamen Rider menjadi program tokusatsu yang terbesar zaman itu. Setiap episod melihat Hongo berlawan dengan mutan Shocker's, berinteraksi secara ringkas dengan watak penolong, mentornya Tachibana Tobei, dan akhirnya mengalahkan musuh, Selalunya dengan teknik trademark kamen rider iaitu "Rider Kick" atau "Rider Punch".
Sebagai Kamen Rider, Hongo bertempur dengan monster Shocker sebelum mengetahui bahawa Shocker mereka semula Design Cyborg Kamen Rider yang asli pada Ichimonji Hayato dalam usaha untuk mengalahkan Hongo. Hongo membantu Ichimonji melarikan diri dari Shocker, meninggalkan dia untuk melawan Shocker sebagai Kamen Rider # 2 sementara Hongo meninggalkan negara untuk melawan Shocker di tempat lain di seluruh dunia. Akhirnya, Hongo kembali ke Jepun dan, sebagai Kamen Rider, Hongo bergabung tenaga dengan Ichimonji sebagai "Double Rider" untuk menyelesaikan Shocker dan kemudian menghancurkan organisasi Gel-Shocker yang dibentuk segera selepas itu.
Takeshi Sasaki sebagai Ichimonji Hayato |
Kamen Rider # 1 dan # 2 seterusnya muncul di sekuel Kamen Rider V3. The V3 adalah Kazami Shiro, seorang junior Hongo, dan memohon kepada Hongo dan Ichimonji untuk menukarkan dirinya menjadi Kamen Rider setelah keluarganya dibunuh oleh organisasi Destron. Walaupun awalnya Hongo menolak, Setelah Kazami cedera parah semasa menbantu Hongo dan Ichimonji. Kedua-dua Penunggang mengubah Kazmi kepada Kamen Rider V3, Kamen Rider V3 memiliki skill Hongo dan kekuatan Ichimonji. Double Rider(kamen rider 1 dan Kamen Rider 2) tewas ketika meledakkan bom atom, tetapi muncul semula di siri berikutnya.
Hiroshi Miyauchi sebagai Kazami Shiro |
Kamen Rider V3 |
Double Rider kemudian muncul diantara siri kamen rider yang berjaya kecuali Kamen Rider Amazon, Kamen Rider Super-1 (dan ada muncul di filem Kamen Rider Super-1) dan kamen rider Black. Kamen Rider #1 mengetuai kamen rider senior sekali lagi di episod akhir kamen rider black rx. Rider #1 pergi menolong mengalahkan Shadow Moon dan King Dark.
Versi Manga
Hampir sama dengan siri tvnya. Setelah mengalami kemalangan ketika berlumba dengan mentornya tobei tachibana, Hongo tersedar ketika prosedur menukarkan kepada cyborg yang sangat kuat. tetapi Hongo berjaya melepaskan diri sebelum Prosedur pembasuhan otaknya dilakukan. Dan bertarung dengan raksasa shocker setelah itu. Dan kemudianya Hongo sebagai kamen rider 1 bertempur dengan 12 Shocker rider dan akhirnya terbunuh. 1 daripada 12 Shocker Rider yang cedera dikepalanya sedar semula. dan seterusnya mengalahkan 11 Shocker Rider dan menjadi kamen rider 2.
juga dikenali dengan kamen rider spirit |
maklumat daripada wikipedia