Masalah, kenapa ramai yang takut dengan masalah, maksud saya ialah bila kita dapat masalah, kenapa sering kali kelam kabut, mengelabah, menjerit jerit?
Sebenarnya kalau kita perasan, setiap saat kita ada masalah dan tak mungkin semua masalah kita boleh handle dalam sekelip mata, kita jadi takut dan panik kita angkut masalah itu, setiap masa, di atas bahu kita, makin banyak masalah kita jumpa, kita bebankan lagi dibahu. Dan akhirnya kita jatuh tak terbangun, kita jadi putus asa. Kita give up, kita jadi loser, kita jadi pengemis, kita jadi perompak, kita jadi penagih dadah, kita jadi sampah masyarakat,
Jadi apa yang perlu kita lakukan?? banyak benda kita boleh lakukan. ini salah satu cara saya mengatasi masalah ialah anggap sahaja masalah itu buku text. masa sekolah dulu pernah ke kita semua buku text ke sekolah. mesti kita bawa apa yang aperlu pada hari itu jugakan? Sama juga masalah. Selesaikan mana yang penting dulu. jika masalah itu tak perlu diselesaikan dulu atau terlalu ambil masa yang lama. Abaikan sahaja dulu. Selesaikan yang mana kita mampu.
Tapi jangan pula terlalu abaikan masalah lama lama. Maksud saya bukan lari dari masalah tapi cuba selesaikan mana yang penting. dan jika masalah itu penting. tumpukan 100 peratus bagaimana nak selesaikan masalah itu. Cuba lah dan tengok hasilnya "Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty"