Membuat pilihan bukan sesuatu yang senang walaupun untuk benda yang mudah. Sebab setiap pilihan yang kita buat mencorak hidup kita kearah yang lain. Cuma fikir apa niat kita semasa untuk untuk buat pilihan, demi siapa dan untuk apa.
Saya faham kadang kala mereka buat pilihan untuk melakukan perkara yang salah bukan untuk dirinya, contohnya mencuri untuk dapatkan duit untuk anak atau keluarga, tapi disitu kita kena fikir. Jika berlaku pada kita ketika itu. Apa yang jadi pada keluarga kita?.
Benda macam itu yang kita sebenarnya sepatutnya dielakkan. Pilihan itu yang tidak patut di ambil. Sebab itu kita kena selalu fikir positf. Kita kena belajar menyelesaikan masalah. Bukannya menjadikan ia berganda.
Saya tidak tahu hendak mengajar orang untuk menjadi kaya. Tapi yang saya tahu jika kita tidak buat pilihan yang sebegitu saya pasti banyak lagi pilihan yang akan datang mungkin dengan pilihan yang lebih baik. Mungkin Allah sengaja mahu menguji kita. Mungkin Allah mahu meihat kita kembali padanya..
Jadi fikirlah setiap kali kita mahu membuat pilihan, kita bebas untuk buat pilihan, cuma pastikan pilihan kita itu bkn sahaja tidak memudaratkan diri kita sendiri tetapi juga kepada orang yang kita sayang..