Iklan

Sunday, May 29, 2011

kini dan esok



kehidupan kita hari ini ditentukan oleh apa yang kita lakukan pada masa lepas. tak salah nak mengingati masa lepas hanya untuk dijadikan panduan untuk hari ini. tapi jangan pula terlalu asyik dengan apa yang kita ada pada masa lepas hingga lupa menghargai apa yang kita ada pada masa kini.

masa berjalan dan terus berjalan. apa yang kita ada sekarang mungkin juga berlalu bersama masa meninggalkan betapa hebatnya kita atau betapa lemahnya kita. tapi macam mana pun ianya tak penting. sebab yang penting kita cuma perlu menghargai apa yang kita ada dan cuba jadi yang lebih baik keesokan harinya.

kita boleh jadi siapa pun kita nak dimasa depan dan ia bermula sekarang ini, lambat atau cepat bukan masalahnya, yang penting kita betul-betul mahukannya atau tidak. jika kita nak, kita boleh bermula dari sekarang.

Wednesday, May 18, 2011

Lepaskan tekanan

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk


Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an



Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat


Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah


Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan



Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat



Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati



Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.


9) Hargai kebolehan diri sendiri



Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.


10) Cintai diri sendiri



“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
.
sumber dari http://www.rileks.info

Sunday, May 15, 2011

kelakar


Hidup ni kelakar.. bila kita berhenti, kita dicari.. bila kita bermula, ia tiada. Dalam hidup ini kita sentiasa akan buat keputusan yg salah. dan kadang kala perlakuan itu bawa akibat yang buruk pada kita. orang kata kalau ikut nafsu lesu ikut hati mati. but bila dilawan rasa tak tenang, kecewa, akan menghantui jiwa kita. kita nak berubah jadi org lain.. tapi hati kita tak selesa.. rasa sesak.. dan bila kita mencari jalan menenangkan hati.. kita jadi diri kita yang lama lagi. jadi macam mana nak berubah, apa yg mengekang kita dari berubah, apakah yang dirasai sebenarnya? hehehe.. cukup kelakar.. but itu lah sebenarnya. aku tak tau macam mana lagi..

Saturday, May 14, 2011

Decide


decide what u really want.. and go for it.. kadang-kadang kita dihantui dengan banyak impian, perkara, tapi kita nak semua yang kita nak.. tamak kita kan, kita terlampau ikut kehendak hingga akhirnya kita keliru apa yang sebenarnya kita inginkan.. then.. kita kena  decide apa yang kita sebenarnya nak.. dan kejar ia dengan bersungguh sungguh. tak kisah apa pun, cinta, kerja, ibadah, cita-cita apa pun.. just do and get it... kejar satu persatu.. forget bout negative .. jangan bagi alasan bodoh kat diri sendiri.. it just nothing.. as long you believe at your self.. what u do.. if it smaller than ant, it very important, remember that. dalam hidup ni tak wujud titik koma.. it just keep mengejar dan kejar dan survive!, believe me.

bahagia dan hepi


Tak bahagia tak boleh nak happy, siapa kata. hidup ini kita yang tentukan, tak penting apa keadaan kita, tak bahagia, sakit, sembelit, or what ever, hidup still kena diteruskan.

Tiada makna untuk give up dan terus bersedih, hidup ini macam roda. kadang kadang atas, kadang kadang bawah, tapi kita boleh gembira setiap masa kalau betul kita mahukannya. cuma cukup kuat ke kita untuk senyum disaat kita kesusahan, sakit, menderita atau sedih?

 jika kita cukup kuat.. kita boleh hepi sebanyak mana yg kita mahu. bahagia, semua org nak rasa bahagia, tapi kebahagiaan sama juga macam angin susah nak nampak dan rasa tapi dia wujud dalam dan kita mampu rasainya setipa masa. terpulang pada apa yang kita nak nilaikannya....

teruskan mencari





dalam hidup ini kadang kala kita mudah terpengaruh dengan macam benda, tetapi kenapa bila kita dalam kesedihan kita tak nak ikut sesiapa yang lebih okay, kenapa kita nak terus kekal bersedih,

 berbaloi ke untuk terus bersedih, tak kisah sebab apa, putus cinta, ibu bapa meninggal,putus dengan kekasih, memang lah sedih, tapi untuk menghukum diri dan bersedih selama lamanya, bukan idea yang bagus, sebab pada masa yang sama kita akan mengalami banyak kerugian, kerugian duit satu hal, tapi kerugian masa.

contohnya putus dengan kekasih, contoh paling senang dan paling ramai orang hadapi, kita buang masa mengenang dia, memang sayang, lagi lagi kalau kita ni jenis setia, memang dia sahaja dalam hati dan tup tup, dia pergi macam tu sahaja. memang menangis lah. tak kisah nak nangis atau apa, lain orang lain cara, tapi cukup lah sekadar tu, kalau rasa nak menangis, menangis puas puas lepas itu cukup lah. jangan duduk didalam kegelapan lama-lama,

dalam kita berduka mungkin disitu ada orang yang sesuai dgn kita datang,tapi jika terlalu asyik dengan sedih kita, mungkin orang itu akan berlalu pergi.. jadi stop sedih, keluar dari kesedihan, kepedihan dan kesakitan, cari sesuatu.. carilah cahaya hidup..

"A person starts to live when he can live outside himself"

jadi positif





 Jadikan Diri Sentiasa Berfikiran Positif.


Seorang Ayah yang hampir meninggal dunia meninggalkan pesan kepada 2 orang anaknya didepan isterinya  :
- Pertama : Jangan pernah meminta hutang kepada orang yg berhutang kepadamu.
- Kedua : Kalau pergi ke kedai untuk berniaga, jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.

Waktu terus berlalu.  Beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia, anak yang sulung bertambah kaya tetapi bongsu menjadi semakin miskin.

Pada suatu hari Si Ibu bertanyakan hal itu kepada mereka.

Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh meminta hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, oleh sebab itu,  kedai mengalami kerugian kerana orang yang berhutang tidak membayar hutang kerana saya tidak boleh meminta hutang semula”.

“Juga Ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. jadi saya menaiki teksi,Kalau di ikutkan saya boleh berjalan kaki saja, tetapi disebab kan pesan ayah, akibatnya   pembelanjaan duit bertambah banyak”.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, Si Ibu pun bertanya hal yang sama.

Jawab anak sulung :
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak meminta hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang. jadi saya tak mengalami kerugian kerana pelanggan yang berhutang.

“Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya pergi ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, jadi saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.
Jadi,  kedai saya buka sebelum kedai lain dibuka, dan tutup  sesudah kedai yang lain tutup.”

“Disebabkan oleh kelaziman itu, orang lain tahu kedai saya paling awal dibuka dan paling lewat ditutup.

MORAL CERITA :
Kisah diatas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat difahami dengan pandangan yang berbeza.
Jika kita melihat dengan sikap yang positif maka segala masalah sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita berjaya tetapi jika kita melihat sesuatu masalah dengan sikap yang negatif, masalah itu akan kekal menjadi masalah.

ihsan dari
http://www.rileks.info/coollist/2009/02/motivasi-jadikan-diri-sentiasa-berfikiran-positif/

“Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa”.

Keinginan


Betul ke kehidupan kita dipengaruhi oleh keinginan?.. sejauh mana keinginan ini pengaruh kita.. dan sejauh mana pula kita ingin diri kita dipengaruhi oleh keinginan kita sendiri.. tapi kalau difikirkan balik.. yup! banyak kemajuan yang kita nikmati sekarang ini disebabkan oleh keinginan, keinginan untuk buat perubahan, ingin sesuatu yang lebih selesa, lebih baik, lebih bagus tapi apa pula perbezaan keinginan dengan ketamakan, ketamakan pun lebih kepada keinginan, adakah sebab keinginan itu lebih kepada lebih diri sendiri jadi keinginan itu dipanggil ketamakan??

tapi salah ke kalau kita ingin sesuatu untuk diri kita? dan katakan keinginan kita itu tak bagus, jahat, atau salah disisi undang-undang, macam mana pula? apa kita ingin buat pada diri kita, semua di dunia biru kita ini banyak hitam dan putihnya, dan sama juga dalam keinginan, tak salah kalau kita ada keinginan walaupun benda yang kita nak tu tak elok atau apa pun.. yang penting macam mana diri kita menangani keinginan tu.. tak salah kita ingin berduit, ingin kaya tapi kita kena lah tahu menghadkan keinginan kita, daripada nak satu juta apa kata kita bercita cita hendak 100 saja.

boleh ke? tanyalah hati.. macam mana pun keinginan penting didalam hidup kita, kerana keinginan tenaga yang memberi nyawa kepada kehidupan, membuatkan diri kita melakukan lebih dari kita sendiri sangka diri kita mampu lakukan