Seorang Ayah yang hampir meninggal dunia meninggalkan pesan kepada 2 orang anaknya didepan isterinya :
- Pertama : Jangan pernah meminta hutang kepada orang yg berhutang kepadamu.
- Kedua : Kalau pergi ke kedai untuk berniaga, jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.
Waktu terus berlalu. Beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia, anak yang sulung bertambah kaya tetapi bongsu menjadi semakin miskin.
Pada suatu hari Si Ibu bertanyakan hal itu kepada mereka.
Jawab anak yang bongsu :
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh meminta hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, oleh sebab itu, kedai mengalami kerugian kerana orang yang berhutang tidak membayar hutang kerana saya tidak boleh meminta hutang semula”.
“Juga Ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. jadi saya menaiki teksi,Kalau di ikutkan saya boleh berjalan kaki saja, tetapi disebab kan pesan ayah, akibatnya pembelanjaan duit bertambah banyak”.
Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, Si Ibu pun bertanya hal yang sama.
Jawab anak sulung :
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak meminta hutang kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang. jadi saya tak mengalami kerugian kerana pelanggan yang berhutang.
“Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya pergi ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, jadi saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.
Jadi, kedai saya buka sebelum kedai lain dibuka, dan tutup sesudah kedai yang lain tutup.”
“Disebabkan oleh kelaziman itu, orang lain tahu kedai saya paling awal dibuka dan paling lewat ditutup.
MORAL CERITA :
Kisah diatas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat difahami dengan pandangan yang berbeza.
Jika kita melihat dengan sikap yang positif maka segala masalah sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita berjaya tetapi jika kita melihat sesuatu masalah dengan sikap yang negatif, masalah itu akan kekal menjadi masalah.
ihsan dari
http://www.rileks.info/coollist/2009/02/motivasi-jadikan-diri-sentiasa-berfikiran-positif/
“Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa”.