Iklan

Friday, September 30, 2011

Semua mengenai kita..


Ada saya pernah dengar kata, "Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way". Yang sebenarnya bermaksud paksa semua benda didunia ini berkaitan dengan kita, seronok bila fikir macam itu, memanglah kata kata itu agak angkuh, tapi penting untuk menambahkan keyakinan diri kita, penting mengetahui bahawa kita ini penting dan diperlukan, kadang kadang yang buat kita hilang kepercayaan diri, tiada keyakinan diri bila kita rasa kita ini tak berguna, rasa kita tak perlukan, dan kenyataan itu memang salah.

kenapa? sebab kita selalu diperlukan tapi realitinya kita lari dari hakikat itu. katalah kita adalah pelajar, mungkin keputusan kita teruk, tak ramai kawan tapi adakah kita tak diperlukan orang yang tak berguna, tak sebab mak ayah kita ada dan perlukan kita. Dan ada juga kawan yang perlukan kita.

 Jadi mengapa perlu kita aysik berkata kita ini tak penting, Orang akan hidup lebih elok kalau kita tiada. Mengarut. Sebab bila kita dilahirkan didunia ini sudah tercatat siapa yang akan bergantung pada kita. Cuba berhenti berfikir begitu. Cuba katakan Diri anda penting dan secara semula jadinya anda kan lebih menghargai orang dan persekitaran anda dan Diri anda akan jadi lebih penting pada semua orang disekitar anda.

 Cuma janganlah terlampau terlalu ikutkan sangat. Sebab itu juga boleh jadikan diri anda orang yang sombong. Cuma katakan dalam hati. Bukan Mulut. Cuma Katakan pada diri bukan orang.