Iklan

Tuesday, February 7, 2012

Mencari Sudut..

Kehidupan kita yang sering dipenuhi masalah dan dugaan, sering kali juga kita tersadung dan terjatuh kerana masalah yang menimpa. Dan kita sering tertanya macam mana nak selesaikan masalah ini?

Pernah ke anda belajar persamaan matematik? Persamaan matrik dan yang lain lain?. Jika ada. Kita tahu kan setiap masalah itu boleh diselesaikan dengan mana mana persamaan, asalkan ianya sesuai dengan soalan itu. Percayalah bila saya katakan yang hidup kita pun sebenarnya sama dengan matematik kompleks. Yang ada bermacam macam cara untuk selesaikan masalah kita, persoalannya... persamaan apa yang kita guna??

Jadi sentiasa berfikir secara kreatif dan berfikir ketika dalam keadaan tenang. Jangan pandang masalah kita dari sudut pandangan mata kita sahaja. Pandang dari sudut lain, Jangan masalah itu benda buruk. Cuba hadapinya setenang yang boleh dan fikir cara mengatasinya.