Tapi kita kena ingat yang dugaan datang dari Allah s.w.t. Percayalah yang dugaan itu hanya ujian bagi menguatkan iman kita, pemikiran kita dan juga diri kita. Dan Dugaan yang diberiNya sebenarnya tak pernah lebih dari kemampuan kita. Tetapi disitulah kadang kala ada yang merengus dan memaki maki apabila terkena masalah.
Sepatutnya kita kena lebih matang dan berfikir positif apabila dugaan datang melanda. Fikir dari pelbagai sudut. Cuba cari apa yang positifnya. Mesti ada penyelesaiannya.