Iklan
Saturday, December 10, 2011
Aku akan berubah
Biasanyer kita boleh dengar ayat tu masa kursus motivasi. Saya nak tahu apa tujuan kursus motivasi?sebab nak buat perubahan pada diri kita. tapi ada setengah orang mula mula sahaja bersemangat lepas balik motivasi dan kemudian balik ke tabiat lama dan pegangan lama.
Susah ke berubah. Memang susah kalau kita tak cukup kuat nak berubah. Berubah bermaksud kita kena ubah banyak benda dan mungkin benda yang kita suka itu kena dihentikan untuk kita berubah. Masalahnya tak ramai sanggup buat macam tu sebab benda yang dunia suka buat.
Jadi macam mana? Kita akan tertanya kat diri sendiri adakah aku dah berubah? Tidak. Kita masih sama kerana kita buat benda yang serupa.