Saya pun selalu juga merasakannya. Tapi percayalah yang semua itu satu ilusi yang datangnya dari Sifat negatif dalam diri kita. Dan semakin kita percaya yang ianya benar. Ianya akan semakin melarat.
Jadi berhenti fikir macam tu. Kita manusia. kita ada cara sendiri untuk tampil lebih baik dan hebat. Kita berhak hebat. Kerana hebat itu bukannya title atau pangkat yang diberi pada waktu tertentu. andai kita duduk sahaja pun kita berhak untuk berasa hebat. Dan hebat bukannya untuk ditunjuk depan orang dan mengatakan anda hebat. Hebatnya anda bila anda yakin yang anda hebat dan anda akan jadi orang yang hebat.
Anda bukannya useless dan nothing, anda berhak tentukan siapa diri anda. Diri kita. Useless dan Nothing tak wujud pun sebenarnya. Ianya datang dari diri anda sendiri.. Jadi berubah lah..