Teruskan hidup. Macam mana kita sekali pun. hidup perlu diteruskan. Siapa kita, berapa pandai kita, berapa bijak kita, berapa bodoh kita, betapa 'loser'nya kita, betapa miskinnya kita, hidup masih juga perlu diteruskan. mengapa perlu kita berputus asa. Hidup saya pun tak lah bagus sangat. Pada peringkat umur macam ini saya banyak lagi serba kurang dan lemahnya. Tapi saya masih juga nak teruskan hidup. Saya masih juga nak jadi seseorang. Seseorang kepada siapa?. Biarlah rahsia. Hihi.
Saya pun manusia juga. Siti pun manusia juga. Abu pun manusia juga. kita semua sama sahaja. Jadi kenapa kita sering beranggap "Dia boleh lah dia lain, aku lain". Tahu tak perkataan itu sebenarnya sangat bahaya. Ada orang yang saya kenal pernah ucapkan kata kata itu dan akhirnya dia jatuh pada tahap paling bawah. Apa yang bawah sekali itu sendiri fahamkan lah.
Saya tak mahu nak aibkan sesiapa. Tapi saya mahu dia bangun kembali. Harap sangat dia boleh bangun kembali. Jadi Adakah anda macam Orang yang saya kenal itu? Jika tidak baguslah, Tapi jika tak. Tolong jangan fikir macam tu.
Hidup ini sangat indah sebenarnya dan keindahan hidup ini tak terhad kepada sesiapa atau apa pun. Selagi Kita hidup dan masih bernyawa. Kita boleh Hidup dengan sesuatu yang lebih baik..
“In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.”
― Robert Frost