Iklan
Thursday, December 8, 2011
Tolong Faham
Selama kita bersama kawan kawan atau kekasih atau siapa siapa sahaja. pernah ke kita cuba fahami orang orang tu.Adakah kita tahu apa perasaan dia. Tahu apa dia rasa.
Bila kita buat suruh buat sesuatu pernah ke kita tanya adakah orang itu suka?. Memanglah benda yang kita suruh itu bukan yang bukan bukan. Tapi masalah utamanya dia berhak untuk pilih apa dia mahu dan tak mahu lakukan. Tapi kita kononnya ambil berat tapi sebenarnya lebih menyiksa batinnya.
Siapa yang tak pernah buat macam itu. Bagusla, tapi yang suka buat macam itu. Sila jangan buat lagi. Dia ada hak nak buat apa dia suka. dan kita tiada hak nak tentukan apa dia perlu lakukan. Biar dia pilih sendiri. Tegur setakat mana yang perlu kalau dia bakal lakukan sesuatu yang buruk tapi jangan paksa. tolong faham apa dia rasa.