Iklan
Wednesday, December 14, 2011
Hanya Kerna Hati
Hanya kerana hati kita sering tertewas sana dan kemari dan hanya kerana hati kita sering kehilangan. Minta maaf lah kalau sebelum ini blog saya kelihatan seperti orang yang sedang marah. Mungkin semasa saya tulis ketika sedang marah atau saya terikut hati kerana apa yang saya tuliskan. Saya jenis orang orang yang sebenarnya hanya ikut suara hati. tapi sebenarnya banyak lagi keburukan dari kebaikan jika kita buat macam itu. Sebab kadang kala ianya hanya melambangkan perasaan kita masa itu. Jika marah, marah lah kita. Jika sedih, sedihlah kita. Dan jika malas, malas lah kita. Tapi tak semua perasaan itu elok dan kadang kala ianya cuma sifat negatif yang lahir dari hati kita. Sebab itu kalau boleh setiap apa yang kita mahu buat atau putuskan. Jangan ikutkan hati. Gunakan akal dan logik. Percayalah baru kita tidak akan menyesal dengan apa yang kita buat walaupun keputusan yang kita buat nanti salah. :)