Iklan

Wednesday, August 1, 2012

Menilai Diri


Dalam kita mencari ketenangan.. Kita kena juga kena menilai diri kita, Pandang setiap sudut diri kita, apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasa dan apa yang kita sudah lakukan, Ada setengah setengah orang terlalu ego ntuk mengatakan dirinya salah, termasuk saya.

Bila kita buat begitu, kita seolah menipu diri kita, Disitu kita berasa susah hati, tak tenang, jadi  tak salah kita tenung diri kita, mengaku setiap salah kita pada diri sendiri. Dan cuba tebus kalau mampu. :)


Selamat Berpuasa..

Wednesday, June 20, 2012

Dunia Biru Ku Kini Di Facebook

Saya kini semakin sibuk dengan kerja jadi saya sudah hampir tiada masa nak menulis blog lagi.. Tapi Saya masih ingin lagi membantu kawan kawan supaya jangan mengalah dalam dunia yang penuh cabaran ini.jadi saya telah bangunkan pages Dunia Biru Ku Di Facebook. Ada Masa Silalah Like Pages Dunia Biru Ku..

*dah lama sgt tak menulis blog, susun kata pun dah berterabur lagi teruk dari dulu. Harap Maaf...

Tuesday, February 7, 2012

Mencari Sudut..

Kehidupan kita yang sering dipenuhi masalah dan dugaan, sering kali juga kita tersadung dan terjatuh kerana masalah yang menimpa. Dan kita sering tertanya macam mana nak selesaikan masalah ini?

Pernah ke anda belajar persamaan matematik? Persamaan matrik dan yang lain lain?. Jika ada. Kita tahu kan setiap masalah itu boleh diselesaikan dengan mana mana persamaan, asalkan ianya sesuai dengan soalan itu. Percayalah bila saya katakan yang hidup kita pun sebenarnya sama dengan matematik kompleks. Yang ada bermacam macam cara untuk selesaikan masalah kita, persoalannya... persamaan apa yang kita guna??

Jadi sentiasa berfikir secara kreatif dan berfikir ketika dalam keadaan tenang. Jangan pandang masalah kita dari sudut pandangan mata kita sahaja. Pandang dari sudut lain, Jangan masalah itu benda buruk. Cuba hadapinya setenang yang boleh dan fikir cara mengatasinya. 

Monday, January 16, 2012

5 Cara Untuk Gembira

Cari Maksud apa itu Gembira



Cuba cari definisi gembira, apa itu gembira dimana mana translator, kamus atau tanya siapa siapa dan cuba fahamkan apa sebenarnya gembira.

Hargai Sekarang


hargai apa yang anda ada. Hargai perasaan anda sekarang, apa yang anda rasa, yang anda dengar sekarang. Cuba berhenti seketika  fikirkan masa depan dan masa lepas. Nikmati masa sekarang.

Improvekan Diri 





Majukan diri anda. Apa yang anda sekarang.  Upgradekan kepada lebih baik. macam mana kita semalam, jadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam.

Bertanggungjawab.




Bertanggungjawab dengan apa yang anda lakukan tak kira sama ada salah atau betul. Bertanggungjawab dengan setiap benda yang ada lakukan. Dan selesaikan setiap satu. anda akan berasa lebih selesa dan tenang.



Jangan Jadi Orang yang Gembira, Cuma Jadi anda



Jika kita terlalu aysik mencuba orang yang gembira kita akan berasa lebih tertekan kerana secara tidak sedar kita berharap jadi orang yang "gembira". Tak perlu jadi orang yang "gembira". Cuma jadi diri anda yang sekarang ini. hargai diri anda sebaiknya, dan anda akan gembira.. Insya Allah.

Menghadapi Dugaan


Kita sebagai manusia sering kali menghadapi dugaan, Kadang Kala Dugaan yang kita hadapi tidak lah sesusah mana tetapi ada kalanya dugaan yang datang buat kita tewas terduduk.

Tapi kita kena ingat yang dugaan datang dari Allah s.w.t. Percayalah yang dugaan itu hanya ujian bagi menguatkan iman kita, pemikiran kita dan juga diri kita. Dan Dugaan yang diberiNya sebenarnya tak pernah lebih dari kemampuan kita. Tetapi disitulah kadang kala ada yang merengus dan memaki maki apabila terkena masalah.

Sepatutnya kita kena lebih matang dan berfikir positif apabila dugaan datang melanda. Fikir dari pelbagai sudut. Cuba cari apa yang positifnya. Mesti ada penyelesaiannya. 

Saya Sunyi..


Semua orang pernah berasa sunyikan, Tak kisahlah apa punca yang menyebabkan kita lebih memilih untuk bersendiri. Akhirnya ianya pada kita sendiri. Bukannya kerana kita dibenci atau kita membenci.

Tapi persoalannya adakah seronok untuk bersendiri?? Biar saya jawabkan, mestilah tidak.. Jadi kenapa kita memilih begitu lagi?? Kita boleh sahaja cuba berubah. Ucapkan sahaja Hi!! Hello!! Askum, Pada kawan2 kita, jiran2 kita.

Masih juga sunyi? Mungkin hati kita yang sunyi, kenapa? tiada sesiapa yang menyayangi kita.. ? atau lebih tepat.. Tiada siapa yang menyintai kita. Saya pun pernah rasa. semua orang yang hidup di dunia ini pernah rasakan kekosongan itu.

Jadi cubalah bergerak. cari kawan baru, cuba ceria, cuba gembirakan hati. cuba untuk nikmati hidup ini. Tanpa kita minta dia akan datang sendiri. Try it.. : )

Wednesday, January 4, 2012

Menbuat Pilihan



Membuat pilihan bukan sesuatu yang senang walaupun untuk benda yang mudah. Sebab setiap pilihan yang kita buat mencorak hidup kita kearah yang lain. Cuma fikir apa niat kita semasa untuk untuk buat pilihan, demi siapa dan untuk apa.

Saya faham kadang kala mereka buat pilihan untuk melakukan perkara yang salah bukan untuk dirinya, contohnya mencuri untuk dapatkan duit untuk anak atau keluarga, tapi disitu kita kena fikir. Jika berlaku pada kita ketika itu. Apa yang jadi pada keluarga kita?.

Benda macam itu yang kita sebenarnya sepatutnya dielakkan.  Pilihan itu yang tidak patut di ambil. Sebab itu kita kena selalu fikir positf. Kita kena belajar menyelesaikan masalah. Bukannya menjadikan ia berganda.

Saya tidak tahu hendak mengajar orang untuk menjadi kaya.  Tapi yang saya tahu jika kita tidak buat pilihan yang sebegitu saya pasti banyak lagi pilihan yang akan datang mungkin dengan pilihan yang lebih baik. Mungkin Allah sengaja mahu menguji kita. Mungkin Allah mahu meihat kita kembali padanya..

Jadi fikirlah setiap kali kita mahu membuat pilihan, kita bebas untuk buat pilihan, cuma pastikan pilihan kita itu bkn sahaja tidak memudaratkan diri kita sendiri tetapi juga kepada orang yang kita sayang.. 

Tuesday, January 3, 2012

Jangan Berhenti Untuk Percaya


Kita semua ada angan - angan, ada mimpi, ada impian. Tapi masalahnya bila sahaja kita mengetahui bahawa kejayaan untuk mencapai apa yang kita mahu atau kita rasakan mustahil, kita terus berhenti berharap. Tak kisahlah sama ada berkenaan cinta, kerja, atau apa apa yang kita mahu. Kita akan berhenti begitu sahaja. Selama saya bernafas hari ini, kebanyakannya buat begitu dan dan hampir semua begitu. Mengapa kita berhenti berharap. Cuba kira berapa peratus untuk kita berjaya? 40%?, 30%?, 20%?, 10%? atau 1%? rasa rasanya hampir tak bolehkan? tapi macam mana kita tahu tak boleh? yang baki tu? 1% tu? Ada juga peluangkan. Kita kena mula berfikir anggap setiap 1% adalah peluang untuk berjaya. jangan bermula dengan angka yang besar. Belajar untuk menerima satu 1% pun kita masih ada peluang.

Tiada apa yang mustahil, asalkan kita mengambil peluang 1% tu, mungkin ia akan jadi 2% dan seterusnya. Janji kita berusaha. Percaya cakap saya, asalkan kita bersungguh sungguh dalam apa yang kita lakukan kita sendiri mampu luaskan peratus itu.

Bayangkan ali berminat untuk menyertai sukan lumba lari. tapi di sebabkan Ali tak pernah berlari dalam sukan lumba lari, Jadi Ali beranggapan dia tiada peluang untuk mengalahkan pelumba lari yang berpengalaman.

Kes di atas adalah senario biasa yang kita selalu nampak dan saya sendiri pernah beranggap begitu. Tapi kalau Ali berlatih setiap hari bersungguh sungguh. Peluang dia untuk menang pasal bertambah tinggi. Jadi tiada apa yang mustahil. Jangan berhenti berharap, Asalkan kita berusaha, Asalkan kita yakin, Kita semua mampu buat apa sahaja.