Kita semua ada angan - angan, ada mimpi, ada impian. Tapi masalahnya bila sahaja kita mengetahui bahawa kejayaan untuk mencapai apa yang kita mahu atau kita rasakan mustahil, kita terus berhenti berharap. Tak kisahlah sama ada berkenaan cinta, kerja, atau apa apa yang kita mahu. Kita akan berhenti begitu sahaja. Selama saya bernafas hari ini, kebanyakannya buat begitu dan dan hampir semua begitu. Mengapa kita berhenti berharap. Cuba kira berapa peratus untuk kita berjaya? 40%?, 30%?, 20%?, 10%? atau 1%? rasa rasanya hampir tak bolehkan? tapi macam mana kita tahu tak boleh? yang baki tu? 1% tu? Ada juga peluangkan. Kita kena mula berfikir anggap setiap 1% adalah peluang untuk berjaya. jangan bermula dengan angka yang besar. Belajar untuk menerima satu 1% pun kita masih ada peluang.
Tiada apa yang mustahil, asalkan kita mengambil peluang 1% tu, mungkin ia akan jadi 2% dan seterusnya. Janji kita berusaha. Percaya cakap saya, asalkan kita bersungguh sungguh dalam apa yang kita lakukan kita sendiri mampu luaskan peratus itu.
Bayangkan ali berminat untuk menyertai sukan lumba lari. tapi di sebabkan Ali tak pernah berlari dalam sukan lumba lari, Jadi Ali beranggapan dia tiada peluang untuk mengalahkan pelumba lari yang berpengalaman.
Kes di atas adalah senario biasa yang kita selalu nampak dan saya sendiri pernah beranggap begitu. Tapi kalau Ali berlatih setiap hari bersungguh sungguh. Peluang dia untuk menang pasal bertambah tinggi. Jadi tiada apa yang mustahil. Jangan berhenti berharap, Asalkan kita berusaha, Asalkan kita yakin, Kita semua mampu buat apa sahaja.