Iklan

Thursday, December 22, 2011

Aku Hidup!!

Dunia ni penuh masalah, Serius!. Dan Semua orang menghadapinya setiap saat dan detik. Dan bermacam juga cara mereka menghadapinya. Tak kisahlah bagaimana mereka menghadapinya tapi selagi mereka menghadapinya dengan positif.

Tapi bagi mereka yang menghadapinya dengan rasa negatif, Tolong fikir lagi sekali.Setiap manusia ada naik dan turunnya. setiap manusia dipenuhi masalah, dipenuhi kelemahan, dipenuhi kepahitan, dipenuhi kesedihan, tapi tiada satu pun sebab untuk kita terus berlari dan bersembunyi,

Jadi Jangan fikir kelemahan diri, masalah itu satu sebab untuk kita mengalah dan putus asa. Selagi kita hidup dan selagi kita bernafas, kita mampu jadi apa dan sesiapa sahaja. Dunia ini tiada batasan. Walau sebesar tembok cina pun kita mahu, kita boleh lepasinya. asalkan kita Hidup!!

Monday, December 19, 2011

Lihat Hari Esok






Kita sering kali kali ditimpa masalah, kesusahan dan bermacam lagi. Sehinggakan ada orang yang trauma dan hingga hilang keyakinan untuk berhadapan dengan hari esok.


Kita semua ada masalah dan kita semua juga akan berdepan dengan masalah yang besar mungkin buat kita terlutut ketanah dan tak terbangun. tapi tak bermakna hari esok akan gelap kerana mendungnya hari ini.


Esok masih akan muncul. Mungkin lebih banyak masalah tapi kalau kita yakin dan berani, walaupun esok dengan masalah sana sini mungkin esok hari tercerah dalam hidup kita.


Jadi jangan takut dan putus asa. kerana segalanya tidak akan terhenti kalau pun kita menyorok. Segalanya masih akan jalan macam biasa tapi jika asyik melarikan diri. mungkin kita terlepas sesuatu yang lebih cerah hari esok.

Wednesday, December 14, 2011

Hanya Kerna Hati

Hanya kerana hati kita sering tertewas sana dan kemari dan hanya kerana hati kita sering kehilangan. Minta maaf lah kalau sebelum ini blog saya kelihatan seperti orang yang sedang marah. Mungkin semasa saya tulis ketika sedang marah atau saya terikut hati kerana apa yang saya tuliskan. Saya jenis orang orang yang sebenarnya hanya ikut suara hati. tapi sebenarnya banyak lagi keburukan dari kebaikan jika kita buat macam itu. Sebab kadang kala ianya hanya melambangkan perasaan kita masa itu. Jika marah, marah lah kita. Jika sedih, sedihlah kita. Dan jika malas, malas lah kita. Tapi tak semua perasaan itu elok dan kadang kala ianya cuma sifat negatif yang lahir dari hati kita. Sebab itu kalau boleh setiap apa yang kita mahu buat atau putuskan. Jangan ikutkan hati. Gunakan akal dan logik. Percayalah baru kita tidak akan menyesal dengan apa yang kita buat walaupun keputusan yang kita buat nanti salah. :)

Saturday, December 10, 2011

Aku akan berubah





Biasanyer kita boleh dengar ayat tu masa kursus motivasi. Saya nak tahu apa tujuan kursus motivasi?sebab nak buat perubahan pada diri kita. tapi ada setengah orang mula mula sahaja bersemangat lepas balik motivasi dan kemudian balik ke tabiat lama dan pegangan lama.

Susah ke berubah. Memang susah kalau kita tak cukup kuat nak berubah. Berubah bermaksud kita kena ubah banyak benda dan mungkin benda yang kita suka itu kena dihentikan untuk kita berubah. Masalahnya tak ramai sanggup buat macam tu sebab benda yang dunia suka buat.

Jadi macam mana? Kita akan tertanya kat diri sendiri adakah aku dah berubah? Tidak. Kita masih sama kerana kita buat benda yang serupa.

Thursday, December 8, 2011

Takut Gagal





Pernah tak anda baca buku yang bertajuk Dare to Fail atau sudah ada buku versi malaysianya yang bertaju Berani Gagal.

Tapi saya perasan juga bahawa kita tetap sama. masih takut untuk gagal. takut di buat salah. Jangan salah anggap, buat salah maksud saya bukan sesuatu yang menyalahi hukum agama atau undang undang.

Tapi Buat sesuatu yang diri kita tak mampu, atau kita sendiri yang fikir kita begitu. sebenarnya jujur saya kata. Tiada apa yang kita tak boleh buat. semua benda kita mampu lakukan. Tapi kita perlu 2 benda. Yang pertama kesungguhan dan yang kedua usaha. Bila kita ada dua dua benda itu dan tanam dalam hati kita. Kita boleh buat.

Tapi tak ada benda yang datang dengan mudah. Bagaimana pelajar yang cemerlang perlu bersungguh sungguh belajar dan ulang kaji, dan bagaimana atlet berlatih bersungguh sungguh untuk jadi lebih baik begitu juga kita. Jadi kenapa kita masih dihantui dengan rasa takut gagal? takut malu? takut kena marah? atau takut kita sendiri yang akan kecewa?

Kita berhak hebat



Kita selalu lihat ramai orang yang over confident dan yakin diri. Tapi sebenarnya sama juga banyaknya orang yang rasa diri mereka nothing dan 'useless'. 

Saya pun selalu juga merasakannya. Tapi percayalah yang semua itu satu ilusi yang datangnya dari Sifat negatif dalam diri kita. Dan semakin kita percaya yang ianya benar. Ianya akan semakin melarat.

Jadi berhenti fikir macam tu. Kita manusia. kita ada cara sendiri untuk tampil lebih baik dan hebat. Kita berhak hebat. Kerana hebat itu bukannya title atau pangkat yang diberi pada waktu tertentu. andai kita duduk sahaja pun kita berhak untuk berasa hebat. Dan hebat bukannya untuk ditunjuk depan orang dan mengatakan anda hebat. Hebatnya anda bila anda yakin yang anda hebat dan anda akan jadi orang yang hebat.

Anda bukannya useless dan nothing, anda berhak tentukan siapa diri anda. Diri kita. Useless dan Nothing tak wujud pun sebenarnya. Ianya datang dari diri anda sendiri.. Jadi berubah lah..

Tolong Faham


Selama kita bersama kawan kawan atau kekasih atau siapa siapa sahaja. pernah ke kita cuba fahami orang orang tu.Adakah kita tahu apa perasaan dia. Tahu apa dia rasa.

Bila kita buat suruh buat sesuatu pernah ke kita tanya adakah orang itu suka?. Memanglah benda yang kita suruh itu bukan yang bukan bukan. Tapi masalah utamanya dia berhak untuk pilih apa dia mahu dan tak mahu lakukan. Tapi kita kononnya ambil berat tapi sebenarnya lebih menyiksa batinnya.

Siapa yang tak pernah buat macam itu. Bagusla, tapi yang suka buat macam itu. Sila jangan buat lagi. Dia ada hak nak buat apa dia suka. dan kita tiada hak nak tentukan apa dia perlu lakukan. Biar dia pilih sendiri. Tegur setakat mana yang perlu kalau dia bakal lakukan sesuatu yang buruk tapi jangan paksa. tolong faham apa dia rasa.

Wednesday, December 7, 2011

Terus kan Hidup

Teruskan hidup. Macam mana kita sekali pun. hidup perlu diteruskan. Siapa kita, berapa pandai kita, berapa bijak kita, berapa bodoh kita, betapa 'loser'nya kita, betapa miskinnya kita, hidup masih juga perlu diteruskan. mengapa perlu kita berputus asa. Hidup saya pun tak lah bagus sangat. Pada peringkat umur macam ini saya banyak lagi serba kurang dan lemahnya. Tapi saya masih juga nak teruskan hidup. Saya masih juga nak jadi seseorang. Seseorang kepada siapa?. Biarlah rahsia. Hihi.

 Saya pun manusia juga. Siti pun manusia juga. Abu pun manusia juga. kita semua sama sahaja. Jadi kenapa kita sering beranggap "Dia boleh lah dia lain, aku lain". Tahu tak perkataan itu sebenarnya sangat bahaya. Ada orang yang saya kenal pernah ucapkan kata kata itu dan akhirnya dia jatuh pada tahap paling bawah. Apa yang bawah sekali itu sendiri fahamkan lah.

Saya tak mahu nak aibkan sesiapa. Tapi saya mahu dia bangun kembali. Harap sangat dia boleh bangun kembali. Jadi Adakah anda macam Orang yang saya kenal itu? Jika tidak baguslah, Tapi jika tak. Tolong jangan fikir macam tu.

Hidup ini sangat indah sebenarnya dan keindahan hidup ini tak terhad kepada sesiapa atau apa pun. Selagi Kita hidup dan masih bernyawa. Kita boleh Hidup dengan sesuatu yang lebih baik..

 “In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.” 
 Robert Frost